General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 804
News & Events
Pertandingan Menjejak Juara "The Big 6"
Tue, 9 Aug 2016

Pertandingan Menjejak Juara "The Big 6" Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta Sempena Hari Keputeraan Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 70 Tahun.

Pada 30hb Julai 2016 Sekolah Saint George telah menyertai pertandingan yang tersebut di atas. Pertandingan ini bertujuan:

- Memelihara dan mengekalkan lagu-lagu keputeraan... melalui aktiviti kokurikulum yang berunsur kesenian.

- Menanamkan semangat Cintakan Sultan dan Negara khususnya di kalangan para pelajar.

- Mengetengahkan lagu-lagu ciptaan anak Brunei.

- Meningkatkan daya kreativiti, mengembangkan bakat serta memberikan kemahiran kepada para pelajar sebagai sebuah kumpulan penyanyi yang membentuk naynyain berharmoni.

- Memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika.

- Mewujudkan sikap semangat bekerjasama di dalam diri setiap pelajar serta yakin akan kebolehan diri dan rakan-rakan mereka.

Pertandingan ini adalah secara jemputan. Sebanyak empat (4) buah sekolah menengah kerajaan dan swasta di Daerah Brunei dan Muara menyertai pertandingan diperiingkat akhir. Seramai 6 buah sekolah yang akan terpilih untuk keperingkat akhir.

Lagu-lagu yang akan didendangkan oleh setiap sekolah ialah SATU LAGU WAJIB iaitu lagu-lagu keputeraan dan SATU LAGU PILIHAN iaitu lagu-lagu ciptaan anak Brunei.

Diakhir pertandingan Sekolah Menengah Berakas muncul juara dalam pertandingan tersebut. Tempat kedua disandang oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al Mutadee Billah, Gadong. Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Saint George, Bandar Seri Begawan.

*Check out this event gallery by click here.