ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 1.49k
News & Events
Program Taklimat Kenegaraan Anjuran Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri Bagi St. George's School
By Hasrin Bin Haji Abd Rahman
Thu, 1 Aug 2019

Pada hari Rabu 31 Julai 2019, bermula dari pukul 8:30 hingga 10:20 pagi, pelajar tahun 7A dan 7B terlibat seramai 90 orang telah menyertai program taklimat kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat berkenaan bertempat di Parish Hall, Sekolah St. George.

Taklimat di sampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan iaitu Awang Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin. Tajuk yang disampaikan adalah "Taklimat Kenegaraan" Raja Kita, Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam". Taklimat tertumpu kepada latar belakang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu pendidikan awal baginda, menaiki tahkta, perkahwinan baginda dan pemerintahan baginda selama 52 tahun. Taklimat seterusnya membincangkan tentang keluarga baginda iaitu putera dan puteri baginda seramai 12 orang.

Taklimat yang terakhir ialah membincangkan tentang bendera Brunei Darussalam dan fungsi simbol yang terdapat dalam bendera sebagai pengisi bendera. Selepas selesai taklimat, sesi kuiz diadakan dan  5 pelajar lelaki serta 5 pelajar perempuan diminta untuk menyertai aktiviti kuiz ini. Kesemua mereka berjaya menjawab soalan dengan tepat dan menerima hadiah yang disediakan.

Aktiviti taklimat ini berakhir dengan semua pelajar berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan.

*Check out this media gallery by click here