ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 155
News & Events
Sambutan Hari Raya Aidilfitri [Primari] 2023M/1444H
By Rahidah Juhar
Edited by Atiqah Morni
Wed, 10 May 2023
Photo: Noor Jaz

6hb Mei, Hari Sabtu Jam 1:10 petang, Murid-Murid Primari mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kawasan Sekolah. Sambutan ini dihadiri oleh Pengetua, Cikgu Janidi Jingan, Timbalan Pengetua, Cikgu N.M. Mubarak dan Ketua Bahagian Rendah, Cikgu Alice Ting.

Program bermula dengan laungan Takbir Raya dan seterusnya Bacaan Doa, yang dibaca oleh Ustaz Mohidin. Diikuti dengan ucapan Kata alu-aluan daripada Pengetua Sekolah, di mana beliau menjelaskan tujuan sambutan ini diadakan, antaranya bagi murid-murid merasai suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri sesama warga sekolah. Sebelum menikmati juadah, sambutan dimulakan dengan sesi bersalaman di antara para guru dan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di perkarangan sekolah.

Dalam Program tersebut, tidak ketinggalan juga, Pertandingan Baju Tercantik bagi dua kategori iaitu Kategori Murid Melayu dan Kategori Bukan Melayu. Keputusan dimaklumkan ketika perhimpunan pada hari Isnin beserta hadiah.

Tulus ikhlas dari pihak Sekolah St George's, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa / penjaga yang sama-sama memberi sumbangan makanan dan minuman serta sokongan kepada murid-murid dengan pakaian Hari Raya yang beraneka warna untuk memeriahkan lagi suasana sambutan pada hari itu.