ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 234
News & Events
Sambutan Hari Raya Bahagian Menengah
By Norasiddah
Edited by Janidi Jingan
Thu, 11 May 2023
Photo: Nicholas & Jaz

6 Mei - Sekolah St. George bahagian menengah telah mengadakan sambutan hari raya di kawasan perhimpunan pagi sekolah.

Acara dimulakan dengan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Cikgu Hasrin bin Haji Abd Rahman dan pelajar-pelajar lelaki muslim dari Tahun 7 hingga 11. Seterusnya, diikuti dengan lagu kebangsaan dan doa sekolah.

Dalam ucapan pengetua, beliau menjelaskan bahawa sambutan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina merupakan sebahagian daripada usaha berterusan sekolah untuk menggalakkan toleransi, persefahaman dan rasa hormat di kalangan pelajar kita. Ini kerana Sekolah St George terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang mengamalkan tradisi, budaya dan kepercayaan yang berbeza. Sekolah memainkan peranan penting dalam menyemai dan menggalakkan toleransi, persefahaman, dan menghormati pelbagai etnik, agama, dan budaya. Ia juga untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap budaya yang diamalkan oleh rakan-rakan mereka di sekolah ini.

Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari setiap kelas. Persembahan dimulakan dengan nyanyian solo wakil pelajar Tahun 7A, Muhammad Azib Azka dan wakil pelajar Tahun 7B, Abigail. Seterusnya, persembahan tarian gabungan dari Tahun 9A dan 9B dengan tema "Selamat Hari Raya". Nyanyian dan tarian berkumpulan dari pelajar Tahun 10A,10B dan 11B. Persembahan terakhir ialah nyanyian solo wakil pelajar Tahun 11A, Muhammad Ammar Muzhaffar.

Setelah itu, diadakan acara kunjung mengunjung ke setiap kelas yang diketuai oleh pengetua, timbalan pengetua dan guru-guru serta diteruskan dengan undian secara dalam talian bagi pertandingan kelas tercantik bahagian menengah bawah dan atas.

Acara disambung lagi dengan pertandingan menapih sinjang kategori guru dan pelajar lelaki bukan beragama Islam. Pemenang pertandingan kategori guru dimenangi oleh Cikgu Binoy Sebastian dan Cikgu Eugene. Manakala, kategori pelajar lelaki ialah Tyler Yehoshua Yeo Tian Ping, Tahun 11A dan Santino Joachim Domalaon Lemque, Tahun 8B.

Acara seterusnya ialah pertandingan memperagakan pakaian tercantik. Seramai 18 orang pelajar telah dipilih untuk memperagakan pakaian tercantik. Pertandingan in dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi pelajar lelaki dan perempuan beragama Islam dan Kategori B bagi pelajar lelaki dan perempuan bukan beragama Islam. Kategori A dimenenangi oleh Muhammad Danial Al-Haqq bin Hj Ar'fan, Tahun 11A dan Nuur Aisha Az-zahraa binti Md Saiful Yusri, Tahun 11A. Manakala, kategori B dimenangi oleh Eric John S. Morales, Tahun 10B dan Nabilla Anak Duba, Tahun 7A.

Acara terakhir ialah pengumuman pertandingan kelas tercantik. Pemarkahan adalah berdasarkan dekorasi bilik kelas dan keramahan pelajar melayani tetamu yang berkunjung ke kelas mereka. Tempat pertama kelas tercantik bagi menengah bawah telah dimenangi oleh Tahun 7A. Tahun 10B pula telah memenangi kelas tercantik bagi menengah atas.

*Check out this media gallery by click here