ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 122
News & Events
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2024M/1445H
By Rahidah Juhar
Edited by Sidah Jumat
Sat, 27 Apr 2024
Photo: NBT,JAZ,AR

10 Syawal 1445H, Majlis Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga St Georges, BSB adalah aktiviti tahunan yang mana ia bertujuan bagi mendedahkan pelajar-pelajar suasana meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Acara dimulakan dengan Takbir Raya bersama sekumpulan pelajar lelaki yang diketuai bersama Cikgu Hasrin & Ustaz Mohidin. Bagi memberkati Majlis, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Md Ihsan.

Kata alu-aluan disampaikan oleh Cikgu NM Mubarak selaku Timbalan Pengetua Sekolah.

Pelbagai persembahan pentas seperti nyanyian dan joget Raya yang dipersembahkan oleh Pelajar Primari dan Menengah .

Sessi bersalaman antara pelajar-pelajar dan guru-guru, sememangnya memberi peluang bermaaf-maafan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama warga sekolah.

Bagi memeriahkan dan menceriakan suasana, pemberian paket raya disampaikan oleh Pengarah Urusan Sekolah, Anthony Liew kepada murid-murid di tadika.

Kemuncak acara sambutan ini, menikmati juadah sumbangan ibu bapa pelajar-pelajar untuk dikongsisama sesama rakan sekelas masing-masing.

Alhamdulilah, pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga pelajar di atas sumbangan yang dihulurkan bagi memeriahkan majlis pada pagi tersebut.