' News & Events - St. George's School, Brunei Darussalam
ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 24
News & Events
Majlis Sembahyang Hajat Dan Bacaan Yasin
By Salmah Hj Julaihi
Edited by S. Luxman
Tue, 22 Sep 2026
Photo Taken: Salmah Hj Julaihi

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT DAN BACAAN SURAH YASIN

Majlis Sembahyang Hajat dan Bacaan Surah Yasin untuk pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge GCE O Level.

Pada hari Khamis,17hb.September2026 bersamaan 5 Rabiulakhir 1448H, guru-guru serta pelajar beragama Islam daripada Tahun 6, Tahun 8 dan Tahun 11 telah menghadiri majlis berkenaan di Sekolah Saint George's. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi.

Majlis berkenaan adalah bagi memohon inayah dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala,di samping melengkapkan persediaan para pelajar untuk menghadap Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge GCE O Level yang akan tiba.

OBJEKTIF MAJLIS 

1) Memohon pertolongan, rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala agarpara pelajar diberikan ketenangan serta dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan.

2) Meningkatkan keyakinan dan kekuatan rohani para pelajar sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

3) Menerapkan amalan berdoa, bertawakal dan berserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

4) Mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan antara guru-guru dengan para pelajar.

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat secara berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Peperiksaan, diselajurkan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Mohiddin bin Hj. Momin, Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Saint George's.

Secara keseluruhan, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Peperiksaan telah dapat dilaksanakan dengan lancar serta menepati perancangan yang telah ditetapkan.

Seluruh warga Sekolah Saint George's turut mendoakan semoga segala urusan para pelajar dipermudahkan dan mereka dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge GCE O Level. Aamiin, Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.