ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 254
News & Events
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-39
By Malai Salmah
Edited by Janidi Jingan
Sat, 25 Feb 2023
Photo: Nicholas Tju

Pada 25 Februari 2023, Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan IRK, Bahagian Rendah telah mengadakan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-39 di pekarangan sekolah. Acara dimeriahkan dengan sebahagian pelajar memakai pakaian kebangsaan negara masing-masing.

Acara bermula pada pukul 2:00 petang dengan acara menaikkan bendera oleh dua orang pelajar sambil diiringi lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam. bacaan doa kesyukuran yang telah dipimpin oleh Ustaz Mohidin diikuti ucapan pengetua, Cikgu Janidi Jingan dan lafaz ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Pelajar Bahagian Rendah, Umar Aiman bin Md Khairul Arifin.

Acara kemuncak pada hari itu ialah perarakan Hari Kebangsan yang diketuai oleh Pengetua, Timbalan Pengetua dan Ketua Guru Bahagian Rendah diiringi dengan 2 buah lagu partriotik berjudul Kibarkan Bendera dan Brunei Bumi Bertuah bagi menaikkan semangat para pelajar. Acara berakhir pada jam 2:45 petang. Semua pelajar sangat teruja pada hari itu!

*Check out this media gallery by click here