ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 308
News & Events
'Mengenali Permainan Kitani'
By Sidah Jumat
Edited by Atiqah Morni
Sun, 28 May 2023
Photo: Sidah Jumat

Khamis, 25 Mei - Seramai 20 orang pelajar dari Tahun 9B dan 10B dan dua guru pengawas iaitu Cikgu Norrasidah dan Cikgu Hajah Nur Aqilah telah mengadakan lawatan ke Festival Permainan Tradisional dengan tema 'Melestarikan Permainan Tradisi Kitani' yang diadakan sempena Hari Muzium Antarabangsa yang bertempat di Hub Tenaga Brunei Dermaga Diraja.

Kedatangan pelajar-pelajar dan guru-guru St. George disambut oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium Brunei. Dalam lawatan ini pelajar-pelajar mempelajari pelbagai jenis perrmainan tradisional. Mereka juga tidak melepaskan peluang mencuba bermain permainan tradisional seperti 'Congkak', 'Simban', 'Tin Ting', 'Buah Lapas-Lapas', 'Pasang', 'Sepak Takraw', 'Kikik' dan banyak lagi.

Dengan adanya inisiatif Jabatan Muzium-Muzium Brunei, ini sedikit sebanyak telah mengajar pelajar bahawa Negara Brunei juga mempunyai banyak warisan permainan tradisional yang telah dilupakan disebabkan oleh arus kemodenan dan teknologi. 

*Check out this media gallery by click here