ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 510
News & Events
Peraduan Azan dan Hafazan Ayat-ayat Lazim Sempena Sambutan Hari Raya AidilAdha
By Dk. Hjh Rasinah
Edited by Sidah Jumat
Tue, 4 Jul 2023
Photo: Noor Jaz

1 Julai - Sekolah St. George bahagian menengah telah mengadakan peraduan azan dan hafazan ayat-ayat lazim sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan guru-guru muslim.

Acara dimulakan dengan Takbir Hari Raya Aidil Adha yang diketuai oleh Cikgu Hasrin bin Haji Abd Rahman dan pelajar-pelajar lelaki muslim dari Tahun 7 hingga 11. Seterusnya, diikuti dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara berteranum yang dibacakan oleh Muhd Zarif Al-Muzaffar bin Hj Mohd Arriffen, Pelajar Tahun 10A.

Pengetua Sekolah, Janidi Jingan telah menyampaikan ucapan bahawa objektif Peraduan Azan adalah untuk memupuk kemahiran pelajar mengalunkan azan dan membantu untuk mendidik dan mendekatkan diri ke arah jalan kebaikan serta meningkatkan rasa cinta terhadap maha pencipta. Di samping mencungkil bakat terpendam pelajar yang pandai mengalunkan Azan.

Acara ini selaras dengan hasrat negara bagi mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah Negara Zikir.

Manakala, objektif bagi Peraduan Hafazan adalah untuk memupuk kemahiran pelajar di sekolah ini dari segi hafalan serta memberi pendedahan dan mewujudkan keyakinan diri pelajar. Di samping mengamalkan dan menyebarkan kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Acara diteruskan dengan peraduan azan bagi pelajar lelaki. Seramai 15 orang peserta lelaki yang mengikuti peraduan ini. Peraduan dimulakan oleh pelajar dari Tahun 7A, Muhammad Azib Azka bin Muhd Arif. Pelajar Tahun 7A, Muhammad Ariff Syafiq bin Wirawan. Pelajar Tahun 7B, Muhammad Irfan bin Eddy Irwan. Pelajar Tahun 8A, Muhammad Aniq Yassir bin Hj Md Yushree. Pelajar Tahun 8B, Muhammad Fayadh Aryan bin Hj Md Faizal. Pelajar Tahun 9A, Muhammad Raziq Waqiuddin bin Sharul Mizan. Pelajar Tahun 9B, Muhammad Afif Irfan bin Hj Saidin. Pelajar Tahun 10A, Muhammad Irfan bin Sabli. Pelajar Tahun 10A, Muhammad Zarif Al-Muzaffar bin Hj Md Arriffen. Pelajar Tahun 10B, Muhammad Daffaa Dany bin Abdullah Ali Hussin. Pelajar Tahun 11A, Muhammad Ammar Muzhaffar bin Md Shariman. Pelajar Tahun 11A, Mohammad Afiq Kasyfi bin Abdullah Md Amirol Dani @ Ahmad Shafiee dan Pelajar Tahun 11B, Mohammad Adi Farhan bin Mohammad Arfandey. Hakim bagi Peraduan Azan ini ialah Cikgu Hasrin bin Haji Abdul Rahman dan Cikgu Mubarak bin Haji Ibrahim.

Setelah itu, diikuti dengan peraduan Hafazan ayat-ayat lazim bagi pelajar perempuan yang dimulakan dengan Pelajar Tahun 7A, Nur Aleeya Haziqah bte Haji Norazli. Pelajar Tahun 7B, Intan Maisarah bte Muhd Daud. Pelajar Tahun 7A, Zahraa Norkhaleesya bte Haji Hazimin. Pelajar Tahun 8B, Shaahana Sheik. Pelajar Tahun 9B, Wahidatul Asiqin bte Mas Hadidiamin. Pelajar Tahun 9B, Nur Saffiyah Bashirah bte Mohd Sufri. Pelajar Tahun 10A, Dk Nur Ameera Ilyana bte Abdullah Pg Md Israk Aminur Mukminin. Pelajar Tahun 10B, Siti Maziah Khalisah bte Haji Mayadi. Pelajar Tahun 11A, Siti Nursyazwani bte Mohammad Nooh dan Pelajar Tahun 11B, Ayska Imtiaz Ahmad. Pertandingan ini dihakimi oleh Ustazah Salmah bte Haji Julaihi dan Cikgu Hajah Nur Aqilah bte Haji Mohammad Syukri.

Peraduan Azan tempat pertama : Muhammad Zarif Al-Muzaffar bin Hj Md Arriffen Tahun 10A, Kedua : Muhammad Raziq Waqiuddin bin Sharul Mizan Tahun 9A, Ketiga : Muhammad Ariff Syafiq bin Wirawan Tahun 7A, Keempat : Muhammad Ammar Muzhaffar bin Md Shariman Tahun 11A dan Kelima Muhammad Azib Azka bin Muhd Arif, Tahun 7A.

Peraduan Hafazan tempat pertama : Siti Maziah Khalisah bte Haji Mayadi Tahun 10B, Kedua : Siti Nursyazwani bte Mohammad Nooh Tahun 11A, Ketiga : Wahidatul Asiqin bte Mas Hadidiamin Tahun 9B, Keempat : Ayska Imtiaz Ahmad Tahun 11A dan Kelima Shaahana Sheik Tahun 8B.

Dengan ini, sekolah berharap agar aktiviti seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan sekolah dan akan lebih ramai lagi pelajar berminat ikut serta dalam peraduan-peraduan keagamaan seperti ini.