Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Khas Bagi Merafakkan Kesihatan Dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pada hari Isnin, 19hb.Januari,2026 bersamaan 29 Rejab 1447H, guru-guru dan pelajar dari Tahun 6 hingga Tahun 11 yang berugama Islam telah mengadakan majlis di atas di Sekolah Saint George’s pada jam 7.50 pagi. Acara tersebut diadakan serentak bagi semua sekolah Kerajaan dan Swasta di bawah Kementerian Pendidikan di seluruh negara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Istighfar, Shalawat Syifa, diikuti dengan bacaan Surah Yassin kemudian shalat hajat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohiddin bin Hj. Momin (Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Saint George’s). Seterusnya bacaan doa Hajat dan doa khas bagi Merafakkan Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam juga dipimpin oleh Ustaz Mohiddin.
Secara keseluruhannya, Majlis Sembahyang Sunat Hajat,Bacaan Surah Yasin Dan Doa Khas telah berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dirancang.
Dalam pada itu,Seluruh warga Sekolah Saint George’s merafakkan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan. Aamiin,Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.







