Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Pada hari Selasa, 10hb. Februari,2026 ,pelajar tahun 9 dan 10 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 42 orang pelajar dan tiga orang pengiring.
Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang ajaran Islam serta sejarah dan kebudayaan Islam, di samping memberikan pendedahan tentang koleksi Balai Khazanah Islam yang cukup bernilai.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melawat galeri-galeri pameran dengan penerangan diberikan oleh pihak penganjur. Antara galeri-galeri pameran yang dilawati di balai Khazanah ialah galeri ‘The King’s Wisdom’, galeri ‘Mushaf’, galeri ‘Replika Pedang-Pedang’, galeri ‘Astronomi ,Galeri ‘Planet Bumi’, Galeri ‘Kesenian Islam (Tongkat dan Tasbih), ‘Seni Bina Masjid’ dan lain-lain.
Lawatan ke galeri-galeri tersebut dapat memberi pendedahan ilmu dan meningkatkan kefahaman tentang kepimpinan Islam, keagungan al-Quran, sejarah perjuangan, sumbangan ilmuwan Islam,keindahan ciptaan Allah serta kehalusan seni dan seni bina Islam.
Selain itu, lawatan ini turut memupuk rasa penghargaan dan kecintaan terhadap warisan serta tamadun Islam,serta meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Secara keseluruhannya, lawatan ke Balai Khazanah Islam ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Diharapkan lawatan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat yang berterusan kepada para pelajar.







