ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 12
News & Events
Program Kerohanian Perkukuh Ukhuwah Warga Sekolah
By Salmah Hj Julaihi
Edited by S. Luxman
Tue, 31 Mar 2026

Tajuk:

Program Kerohanian Perkukuh Ukhuwah Warga Sekolah

Tarikh: 12 Mac 2026

Tempat: Perpustakaan Sekolah

Penganjur: Jabatan Pengetahuan Ugama Islam ‘IRK’ – (Gabungan bahagian Menengah dan Rendah Sekolah Saint George’s)

 

Laporan:

Pada 12 Mac 2026, satu Majlis Tahlil dan Bacaan Doa Arwah telah diadakan di perpustakaan sekolah sebagai salah satu program kerohanian, bagi warga sekolah yang terdiri daripada para guru dari bahagian Menengah, bahagian Rendah, Tadika serta kakitangan sekolah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan tahlil serta doa arwah yang dipimpin oleh Ustaz Mohiddin bin Hj. Momin (Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Saint George’s). Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Taála di samping mendoakan para arwah agar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Selain itu, program kerohanian seperti ini juga dapat memperkukuh ukhuwah dan silaturahim antara guru dan kakitangan sekolah. la juga memberi peluang kepada warga sekolah untuk menghayati nilai-nilai keagamaan serta memupuk semangat kebersamaan dalam melaksanakan aktiviti kerohanian.

Majlis berakhir dengan bacaan doa penutup,kemudian diserikan dengan aktiviti pertukaran makanan asasi dan barangan dapur dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah sebagai tanda perkongsian rezeki. Setiap sumbangan bukan sahaja mencerminkan pemedulian dan keharmonian komuniti, malah memperkukuh ikatan perpaduan serta solidariti dalam kalangan warga sekolah.